3 Sebab Kenapa Hidup Anda Tak Berduit dan Tak Maju
Pernah tak anda rasa macam hidup ni statik? Tak ada duit, tak bermaya, tak ada semangat nak berjaya? Mungkin puncanya bukan sebab anda tak usaha, tapi sebab persahabatan yang tak sihat. Kawan-kawan sekeliling anda sebenarnya boleh jadi penghalang paling besar dalam hidup anda. Meh sini saya kongsikan tiga jenis kawan yang boleh buat hidup anda stuck dan tak berkembang.
1. Kawan Yang Nampak Sayang Tapi Sebenarnya Nak Anda Kekal Lemah
Ni jenis kawan yang kononnya prihatin sangat. Bila anda cakap nak buat bisnes, nak upgrade diri, nak kerja lebih baik — mereka akan terus kata:
“Janganlah buat, nanti gagal.”
“Aku dah tengok ramai dah gagal, tak sesuai untuk kau.”
Sebenarnya, mereka takut anda berubah. Mereka selesa dengan diri anda yang sekarang — belum berjaya, senang dikawal, tak mencabar mereka. Bila anda mula nak berkembang, mereka rasa tak selamat sebab takut kehilangan kawan lama yang mereka rasa ‘serasi’. So atas nama kasih sayang, mereka akan halang perubahan anda.
Mereka kata, “I like you the way you are,” tapi realitinya, mereka tak nak anda jadi lebih baik dari mereka. Persahabatan macam ni sangat merbahaya. Jangan jadi mangsa cinta palsu dalam bentuk kawan.
2. Kawan Yang Cari Anda Hanya Untuk Buat Benda Tak Sihat
Jenis ni pula, mereka hanya cari anda bila nak buat benda negatif. Contoh:
-
Ajak minum
-
Ajak merokok
-
Ajak lepak buang masa
-
Ajak buat aktiviti yang langsung tak beri manfaat
Mereka tak pernah ajak bincang pasal masa depan. Tak pernah motivate anda untuk upgrade life. Bila hari minggu je, mesej masuk:
“Bro, jom lepak, minum, enjoy sikit malam ni.”
Tu je function persahabatan tu. Tiada growth, tiada motivasi, tiada hala tuju. Mereka pun tak nak maju, dan mereka nak anda kekal dalam lingkungan yang sama — supaya mereka tak keseorangan dalam kegagalan tu.
Persahabatan jenis ni tak tolong anda capai impian. Cari kawan yang ajak anda bincang:
“Why not you start bisnes?”
“Why not you try jual produk ni?”
“Why not you join seminar ni?”
Itu baru real friendship with direction.
3. Kawan Yang Asyik Bergosip, Cakap Pasal Orang Lain 24/7
Yang ni lagi bahaya. Hari-hari gosip. Setiap kali buka mesej:
“Eh tahu tak dia dah break up?”
“Tengok la story si A tu, over gila.”
“Dia tu bankrupt sekarang.”
Semua topik tak ada kena mengena dengan perkembangan diri anda. Mereka hanya ‘hidup’ dengan cerita orang lain. Bila anda cuba tukar topik ke arah yang lebih positif, mereka marah. Bila anda tak layan, mereka kata anda ‘berubah’.
Ingat, sikit-sikit gosip tak apa. Tapi kalau tiap-tiap hari, itu bukan kawan. Itu virus. Mereka bukan bantu anda maju, mereka tarik anda turun sama dalam lumpur drama dan negativity.
Jadi Apa Anda Perlu Buat?
✅ Kenal pasti jenis kawan anda.
Kalau ada tiga ciri ni — kasih sayang yang menahan kemajuan, kawan buat benda negatif, dan kaki gosip — anda kena ubah.
✅ Cuba ubah mereka dulu.
Ajak mereka join aktiviti yang baik. Cuba tunjukkan contoh positif.
✅ Kalau tak berjaya, cari kawan baru.
Kawan boleh tukar. Ibu bapa tak boleh. Tapi kawan? Ramai kat dunia ni yang sudi tengok anda berjaya.
Saya sendiri sekarang dikelilingi kawan-kawan yang hebat. Ya, ada yang merokok, ada yang minum, ada juga yang tak perfect. Tapi mereka hormat prinsip saya. Mereka tak pernah ajak saya buat benda yang saya tak setuju. Dan bila saya rasa down, mereka kata:
“You can do it.”
“Jangan negative sangat.”
“Go for it.”
Itu kawan sebenar.
Kalau anda belum ada kawan macam tu, tak apa. Mula cari dari sekarang. Upgrade circle anda, hidup anda akan berubah.
Until then, signing off – Kanna Jaey
We Are 1 💪
Evokerise Your Life 🌟
Tiada ulasan: