3 Jenis Orang Yang Awak Kena Singkirkan Supaya Hidup Awak Tenang & Menang 🚀
Dalam hidup ni, kalau awak betul-betul nak capai kejayaan dan ketenangan, awak kena pandai pilih siapa yang ada dalam circle awak. Kadang-kadang, kejayaan bukan pasal apa yang kita buat je, tapi juga siapa yang ada di sekeliling kita.
So jom saya kongsikan 3 jenis orang yang awak kena singkirkan dari hidup awak. Jangan simpan lama-lama, sebab mereka ni boleh jadi punca kenapa hidup awak tak bergerak ke depan. 🚫
1. Orang Yang Terlalu Takut – “The Constantly Comfortable” 😨🛋️
Orang jenis ni, mereka ni raja takut. Semua benda takut.
-
“Jangan buat bisnes, nanti rugi.”
-
“Jangan keluar dari kerja sekarang, nanti tak ada income.”
-
“Nanti gagal, malu…”
Orang yang terlalu takut ni tak akan bantu awak berkembang. Mereka ni terlalu selesa dengan zon selesa sampai tak nak ubah apa pun dalam hidup.
Kalau awak betul-betul nak menang, awak kena ada orang yang berani ambik risiko, orang yang tak takut gagal. Macam Steve Jobs – dia buang orang yang lemah semangat dan ambil orang yang berani, yang rebel. Hasilnya? Apple jadi syarikat trilion dolar.
💥 Lesson: Keselesaan itu sebenarnya penjara. Nampak macam selesa, tapi dalam diam, ia sekat potensi awak.
2. Orang Yang Curi Tenaga Awak – “Energy Drainers” 🧛♂️⚡
Orang jenis ni, banyak cakap tapi tak buat apa pun.
-
Ajak meeting, sembang je lebih.
-
Ajak buat bisnes, cakap semangat je tinggi tapi tindakan zero.
-
Suka lepak kedai kopi, sembang besar tapi tak jalan pun projek.
Mereka ni ibarat lintah – sedut tenaga awak, buang masa awak. Bila awak nak eksekutif atau take action, mereka mula tarik diri, bagi alasan.
Lihat contoh Elon Musk. Bila dia ambil alih Twitter, dia buang 80% staf sebab ramai yang tak buat kerja betul-betul. Dan sekarang? Twitter (atau X) masih hidup dan makin berkembang.
💥 Lesson: Awak perlukan orang yang rajin, yang bertindak – bukan yang pandai sembang.
3. Orang Yang Cemburu – “The Jealous Close Ones” 😒💔
Ini bahaya sebab mereka ni dekat dengan awak.
-
Bila awak beli kereta baru, mereka senyum tapi hati sakit.
-
Bila awak ada pasangan yang supportive, mereka mula sindir.
-
Bila awak capai kejayaan, mereka puji depan tapi kutuk belakang.
Dalam bisnes, mereka ni spy. Mereka kata nak tolong, tapi sebenarnya nak tahu strategi awak, nak jatuhkan awak. Mereka takkan bantu pun, cuma nak tengok bila awak jatuh.
Macam Oprah – bila dia mula naik, dia buang kawan-kawan yang toksik. Nak jadi billionaire, tak boleh simpan orang yang jealous ni.
💥 Lesson: Jangan terpedaya dengan senyuman manis. Tengok tindakan mereka. Kalau tak bantu, jauhkan.
Kesimpulan 🔥
Kalau awak nak hidup lebih tenang, lebih berjaya:
-
Singkirkan orang yang takut dan terlalu selesa.
-
Singkirkan orang yang curi tenaga tapi tak buat kerja.
-
Singkirkan orang yang cemburu dan dengki.
Hidup ni bukan tentang berapa ramai orang yang awak kenal, tapi siapa yang betul-betul bantu awak naik. Awak tak perlu ramai, awak hanya perlukan orang yang betul.
Dan kalau awak nak berkembang, nak grow dalam hidup, saya ada beberapa cara kita boleh bekerjasama:
✅ Jadi affiliate dengan saya – promote dan dapatkan income.
✅ Nak jadi business partner? Kita boleh collaborate.
✅ Nak jual bisnes awak? Saya berminat nak acquire.
✅ Cari investor dalam hartanah? Saya boleh bantu dan bagi komisen.
Yang penting, awak kena berani buat perubahan. Jangan simpan orang yang rosakkan potensi awak.
Hidup awak akan berubah bila awak buat keputusan yang betul.
Kanna Jaey #1 Partnership Provider. Affiliate | Business | Real Estate
Tiada ulasan: