3 Keputusan Berani Yang Telah Ubah Hidup Saya Selama-lamanya 💥
Ramai orang rasa mereka stuck, rasa hidup tak ke mana. Tapi sebenarnya, bukan sebab mereka malas atau tak pandai. Masalah dia satu je – mereka main benda remeh. Hidup ni bukan untuk main kecil-kecilan. Hidup ni untuk berani buat keputusan besar, yang kasar, yang tegas, yang boleh ubah hidup kau selama-lamanya. Dalam blog ni, saya nak share 3 keputusan penting yang saya sendiri dah buat – dan jujurnya, keputusan ni lah yang ubah hidup saya 360 darjah.
Kalau kau tengah baca ni dan kau rasa “Yes bro, aku nak ubah hidup aku!” – jangan tunggu lama. Jom kita mula sekarang.
💣 Decision #1: Tak Nak Main Kecil-Kecilan Lagi
Dulu saya kerja bank. Semua orang bangga. Mak ayah suka, kawan-kawan cakap bagus. Tapi saya benci kerja tu. Saya rasa kosong. Saya tahu saya nak lebih dari hidup ni. So saya buat keputusan paling besar – QUIT.
Saya keluar dari zon selesa, mula ambil risiko, start buat bisnes. Dari ajar tuisyen, reskilling, sampai lah buat multiple perniagaan. Orang gelak. Keluarga pun ragu-ragu. Tapi saya tahu apa yang saya nak. Saya nak berjaya, bukan nak hidup biasa-biasa.
Kalau tengok Elon Musk – lepas dia jual syarikat, dia tak retire. Dia labur balik dalam Tesla dan SpaceX. Gila? Yes. Tapi tengok sekarang – dia control dunia.
Main safe is the most dangerous game. Kalau kau takut gagal, kau akan gagal lebih besar. Sebab tu, saya ambil risiko, saya buat silap, tapi saya belajar dan teruskan sampai jadi.
🎯 Decision #2: Saya Lebih Rela Dibenci Sebab Jujur
Orang jujur memang selalu kena benci. Tapi saya sanggup. Saya lebih rela orang benci saya sebab saya cakap benar, daripada orang suka saya sebab saya menipu. Dalam hidup dan bisnes, honesty is non-negotiable.
Kalau saya buat salah, saya admit terus. Tak payah nak cover line. Kalau partner atau staf tipu, saya terus cabut. Tak kira lah berapa besar deal tu. Once you know they cheat, run.
Dalam partnership pun sama. Saya tak akan sembunyikan apa-apa. Kalau ada masalah, kita fix cepat. Kalau kau jenis suka main wayang, kita takkan match. Saya perlukan orang yang boleh terima kebenaran – walaupun pahit.
Steve Jobs dulu ramai benci dia. Tapi orang hormat dia sebab dia deliver results. Kita bukan nak jadi popular – kita nak jadi powerful, sebab hasil kerja kita.
🔥 Decision #3: Pilih Orang Yang Match Vision Saya
Ini paling penting. Saya tak nak buang masa dengan orang yang tak match dengan vision saya. Dulu saya pernah terlalu sayang relationship, sampai sanggup kompromi vision. Sekarang tak lagi. Kalau kau tak boleh match, I’m out.
Saya bina partnership dengan orang yang betul-betul sehaluan. Mereka sokong saya, bantu saya grow, dan kita sama-sama naik. Takde istilah mengemis nak orang tolong. Saya bina sesuatu yang besar – siapa nak join, jom. Siapa tak nak, no problem.
Vision kita ni macam darah daging. Kalau tak jaga, masa silam kita akan telan masa depan kita. So I jaga vision macam I jaga nyawa sendiri.
💡 Nak Ubah Hidup? Bunuh Diri Lama Kau
Kalau kau nak versi baru diri kau, kau kena bunuh versi lama kau. Kau kena buat keputusan besar, ambil tindakan gila, dan sedia berdepan risiko. Hidup saya berubah bila:
-
Saya berhenti main kecil-kecilan 🚫
-
Saya jadi jujur walaupun dibenci 💯
-
Saya pilih untuk dikelilingi orang yang match vision saya 🔥
Sekarang saya bantu orang lain ubah hidup mereka juga. Saya offer partnerships dari segi pembelajaran, bisnes, real estate dan banyak lagi. Kalau kau rasa kau boleh jadi partner hebat untuk saya – visit Kolab sekarang.
Kau tak perlukan motivasi.
Kau perlukan keputusan. Disiplin. Tindakan.
Bila versi lama kau “mati”, versi baru akan muncul. Versi yang kuat, berani, fokus dan unstoppable.
Kanna Jaey
#1 Partnership Provider.
Affiliate | Business | Real Estate
Tiada ulasan: